Tuesday, February 26, 2013

Sekolah Berkesan : Apa perlu kita buat..?

Keberkesanan sekolah dan penambahbaikan sekolah merupakan dua bidang yang menjadi fokus para akademik, pembuat dasar serta pelaksana bermula pada era 1980an lagi. Tuntutan perubahan dunia semasa telah memaksa sekolah mencari kaedah-kaedah baru untuk menjadi relevan dan lebih berkesan serta meningkatkan prestasi pelajar.

Seperti yang termaktub dalam Projek Penambahbaikan Sekolah Antarabangsa (International School Improvement Project), penambahbaikan sekolah didefinisikan sebagai usaha yang sistematik dan berterusan ke arah perubahan dalam situasi pembelajaran bagi mencapai objektif-objektif pendidikan dengan lebih berkesan. Dalam erti kata lain, transformasi harus sering berlaku seiring dengan kehendak dunia semasa.

Sebagai seorang pemimpin pendidikan , kita harus sentiasa berpandangan terbuka dan melihat pemasalahan dari pelbagai perspektif untuk mencari alternatif yang sesuai mengenai kepimpinan dan penambahbaikan sekolah. Perbincangan serta perkongsian pendapat seharusnya berlaku secara aktif dengan tujuan memberi pandangan kontemporari tentang bagaimana melaksanakan penambahbaikan secara efektif.

Bagi pendapat saya, antara isu atau tajuk yang perlu dibincangkan adalah:

* Perubahan konteks kepimpinan bagi melestari penambahbaikan sekolah
* Mendiagnosis perubahan penambahbaikan sekolah
* Menjana penambahbaikan sekolah melalui pengajaran berkesan
* Penambahbaikan sekolah melalui pengajaran reflektif
* Pembangunan teori kajian penambahbaikan sekolah

* Yang penting adalah segala usaha dan transformasi yang hendak dilaksanakan perlulah di kaji dengan terperinci dan transformasi mesti bergerak secara sistemik..barulah hasilnya cemerlang!

No comments:

Post a Comment