Wednesday, February 27, 2013

Tingkah Laku Guru Di sekolah Berkesan (1)




Saya berpendapat bahawa faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan sesebuah sekolah itu adalah tingkah laku guru-guru itu sendiri. Semakin tinggi keupayaan guru, semakin baik guru menyediakan pelajar mereka untuk ujian, dan semakin tinggi guru menawarkan iklim pengajaran yang teratur semakin tinggi keputusan murid perolehi. 


Mengikut Scheerens dan Bosker (1997), para guru di sekolah yang berkesan mempunyai tingkah laku seperti di bawah:


1. Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid dalam pelajaran. 
   Juga mendidik murid-murid supaya mempunyai jangkaan yang tinggi dalam kejayaan.

2. Merangsang serta memberi penekanan kepada murid-murid supaya bekerja dengan kuat.


3. Guru selesa dengan hubungan dengan para pentadbir sekolah.


4. Guru mencipta suatu persekitaran pembelajaran yang mana murid-murid boleh belajar
    dengan cara yang selesa.


5. Guru mempunyai iltizam yang tinggi serta mempunyai motivasi kerja yang tinggi.


6. Hubungan sosial guru murid adalah baik.


Spunky Sally

No comments:

Post a Comment