Tuesday, April 2, 2013

Sekolah Berkesan? Sekolah Berkat?

Jika Mortimor mempunyai 11 ciri-ciri Sekolah Berkesan iaitu :

  1. Kepimpinan Profesional
  2. Perkongsian wawasan dan tujuan
  3. Persekitaran pembelajaran
  4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
  5. Pengajaran yang bertujuan
  6. Jangkaan kejayaan yang tinggi
  7. Pengukuhan yang positif
  8. Memantau kemajuan
  9. Hak dan tanggungjawab pelajar
10. Hubungan rumah-sekolah
11. Organisasi Pembelajaran


Rujukan

Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.



IKM KL mempunyai 11 ciri-ciri Sekolah Berkat

1. Biah Solehah - mewujudkan susana/situasai/iklim sekolah yang baik dan aman damai

2. Mahabbah 
  •     mawaddah - mangamalkan sikap mendidik dengan penuh kasih sayang
  •     rahmah      - wujudnya perasaan belas kasihan terhadap pelajar
  •     sakinah      - sentiasa mewujudkan suasana dan perhubungan yang tenan
3. Niat - memupuk sikap mementingkan NIAT dalam apa jua dalam setiap amalan dan tugas
               harian

4. Usaha - kejayaan dan tahapnya bergantung kepada usaha yang gembelingkan

5. Mungkar sifar    - semua warga harus sentiasa peka dan pastikan diri menjauhi perkara - 
                                    perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.

6. Ilmu yang Benar - Untuk melihat kebenaran dan kejayaan yang sebenarnya, adalah
                                      dengan berusaha mencari dan menyampaikan ilmu  yang benar.

7. Maklumat yang Sahih - mesti sentiasa mempunyai usaha untuk mencari maklumat yang
                                                tepat dan sahih.

8. 4A - semua warga perlu mempunyai ciri-ciri ini :-

  • Attitude (Sikap yang sentiasa positif dan bekerja dengan ikhlas)
  • Aptitude (Kemahiran yang tinggi) 
  • Altitude (Piawaian - sentiasa mencapai piawaian yang telah ditetapkan bersama)
  • Amplitude (Impak - memberikan impak yang positif dan tinggi terhadap pencapaian)
9. Muhassabah diri - sedar siapa pelajar kita, apa keperluan mereka, apakah 
                                       tanggungjawab kita sebagai pengajar, apakah objektif yang perlu di
                                       capai.

10. Doa - sentiasa berkomunikasi dengan Allah..meminta petunjuk dan dorongan yang benar 
               didalam mendidik pelajar-pelajar supaya ilmu yang disampaikan akan dapat di 
               mafaatkan oleh semua pihak terutamanya para pelajar.

11. Tawakal - setelah melakukan semua usaha di atas,kita mesti menyerahkan seluruhnya 
                       pada Allah untuk menentukan segalanya berjalan dengan lancar, penuh berkat 
                      dan beroleh kejayaan seperti yang diinginkan.


So..up to us to decide...








No comments:

Post a Comment