Tuesday, April 2, 2013

Sekolah Bermasalah



Dari sudut pandangan saya, sesebuah sekolah yang diklasifikasikan sebagai Sekolah Bermasaalah sekiranya..
  • pencapaian akademik dan non-akademik pelajarnya tidak cemerlang
  • persekitaran serta iklim sekolah tidak disediakan dengan baik 
  • pengetua, guru-guru serta seluruh warga sekolah tidak mengambil berat tentang visi dan objectif utama sekolah
  • tidak berkesan: sifat individualism yang tinggi-guru bekerja secara terasing, sikap saling menyalahkan antara satu sama lain, dan kehilangan iman kuat menghalang peningkatan. Tidak ada budaya kerja berkumpulan dan perkongsian ilmu dan maklumat antara guru-guru.
  • sering menyalahkan ibubapa atau kanak-kanak yang kurang bersedia.
  • masalah displin yang sukar dibendung
  • pengurusan kewangan dan pentadbiran yang tidak effektif dan lemah  
Tugas pengetua yang baru ditukarkan ke sekolah yang bermasalah adalah sangat berat dan mencabar. Penyusunan strategi perlu kemas dan mantap supaya dapat menangani masalah budaya sekolah yang lama yang mungkin perlu di ubah dan di budayakan semula dengan nilai-nilai baru. Pembudayaan semula akan memakan masa yang lama apatah lagi proses penambahbaikan. Usaha penambahbaikan sekolah hanya boleh dilaksanakan apabila semua warga telah bersedia untuk berubah dan memulakan budaya kerja baru, visi & objektif baru dan cara kepimpinan yang baru. Semua perubahan ini mesti berlaku secara serentak dan dengan kadar yang sekata dan perlahan supaya pergerakan secara sitemik berlaku..barulah penambahbaikan sekolah boleh berlaku.
 

No comments:

Post a Comment