Wednesday, March 27, 2013

Bagaimana pengetua memimpin guru-guru tanpa menggunakan kuasa dan kedudukan?

Zaman kepimpinan autokratik telah menjadi tidak relevan lagi. Seorang pemimpin tidak sepatutnya bertindak sebagai 'boss' yang menggunakan kuasa dan kedudukan untuk mengarah subordinat untuk menjalankan tugas tanggungjawab mengikut kehendaknya.

Saya berpendapat konsep Kepimpinan Berperikemanusiaan dapat memberikan kualiti kepimpinan yang lebih luwes tapi pada masa yang sama berupaya mendatangkan impak yang lebih berkesan. Pemimpin yang yang tidak autokratik seharusnya memimpin dengan :

  • Menunjukkan minat yang lebih terhadap staf
  • Mementingkan suasana kerja-kerja yang baik dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra dikalangan semua staf
  • Mempunyai fleksibiliti yang tinggi - berupaya menyesuaikan diri dengan keperluan individu yang dipimpin dengan keperluan organisasi mengikut situasi dan masa
  • Bersemangat - pengetua mesti mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya
  • Mempunyai sifat kejujuran dan integriti yang tinggi - mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, berdaya usaha serta mempunyai tenaga & hasrat untuk berjaya.
  • Mempunyai kepintaran - berupaya menggabungkan dan mentafsir maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengambil tindakaan yang bersesuaian seterusnya.
  • Berpengetahuan dalam bidangnya - mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang yang dipimpinya.
Sekiranya seorang pemimpin mampu menjalankan tanggungjawabnya secara berpandukan sifat-sifat di atas, sudah pasti beliau dapat memenangi hati staf yang dipimpinnya tanpa perlu menggunakan kuasa autoritatif yang rigid dan kedudukannya untuk mengarah stafnya untuk menjalankan tugas. Staf yang gembira..prestasi berganda.


Rol Pengetua Dalam Usaha Penambahbaikan Sekolah

Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai kepemimpinan yang berkesan. Seorang Pengetua harus menumpukan perhatianya kepada usaha-usaha menanbahbaikan kemajuan sekolah yang berfokuskan p&p di bilik darjah serta perhubungan guru dengan pelajar. Secara umumnya, usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan:
  • pencapaian matlamat sekolah
  • penyelesaian punca-punca masalah
  • membentuk dan mewujudkan budaya baru yang lebih produktif
  • menggerakkan segala tenaga (dalam dan luar sekolah) 

Bagi merealisasikan usaha penambahbaikan yang dirancang, rol pengetua adalah
  • Memberi penekanan kepada pencapaian akademik (aktiviti-aktiviti, pengajaran dan bahan mengajar)
  • Menetapkan strategi pengajaran dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan tentang hal-hal pengajaran.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang teratur, aman dan menyeronokkan untuk p&p.
  • Sentiasa menilai kemajuan para pelajar, menetapkan harapan dan jangkaan sekolah serta sentiasa menyemak sama ada jangkaan itu tercapai atau tidak
  • Mengkoordinasi program pengajaran serta menghubungkan kandungan pelajaran yang hendak diajar dengan objektif yang hendak dicapai dan bahan-bahan pengajaran.
  • Menunjukkan kelakuan yang positif dengan memberi bantuan dan sokongan kepada guru-guru.
  • Menggalakkan guru-guru menghadiri bengkel atau kursus untuk tujuan perkembangan staf.   
Bagi memastikan penambahbaikan sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya,segala tindakan serta keputusan yang diambil oleh seorang pengetua juga harus berpaksi kepada 10 prinsip untuk memajukan kecemerlangan sesebuah sekolah., Hussien (2008).

Penambahbaikan Sekolah

Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi, transformasi, penambahbaikan untuk mengubah sistem pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar.Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah mencadangkan kepada kita tentang cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah sekolah pada satu-satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan banyak masalah. 

Selain itu, mengaplikasi strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain juga belum boleh menjanjikan kejayaan disekolah kita. Strategi yang berjaya di sekolah A tidak semestinya sesuai bagi sekolah B.

Bagi saya apa yang penting ialah semangat pemimpin yang tidak akan pudar dan tidak cepat berasa berpuas hati dengan apa jua pencapaian yang diperolehi.Usaha harus dijalankan secara berterusan. Dari sudut pandangan saya, isu kritikal dalam pelaksanaan penambahbaikan sekolah ini harus dibawa kepada pertimbangan untuk pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti (capacity building) dalam institusi pendidik. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building) adalah satu pendekatan konsep pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada masa yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi dapat diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan.Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan.

Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja bersama-sama untuk membangunkan amalan pengajaran yang berkesan. Komitmen yang tinggi ini juga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta mampu membangunkan profesionalisme mereka sendiri. Bagi diri saya, kesan yang besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi pelajar terhadap bidang pengajaran mereka. Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan.

Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada sokongan dan usaha secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya.Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.


Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar, mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras asas. PLC dan konsep Distributed Leadership mempunyai persamaan dari segi konsep jaringan perkongsian maklumat dan ilmu dikalangan guru-guru, guru-guru pakar subjek, pemimpin serta seluruh warga sekolah.

Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.

Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan pembelajaran pelajar. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.

Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.

Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar.
Terdapat banyak ciri-ciri teras PLC, termasuk kerja pasukan kolektif di mana kepimpinan dan tanggungjawab untuk pembelajaran pelajar secara meluas dikongsi, memberi tumpuan kepada kajian reflektif, penekanan kepada meningkatkan pembelajaran pelajar, berkongsi nilai-nilai dan norma-norma, dan pembangunan amalan biasa dan maklum balas.
Berikut adalah ciri-ciri utama :
  1. Berkongsi wawasan dan nilai-nilai yang membawa kepada komitmen kolektif kakitangan sekolah, yang dinyatakan dalam amalan sehari-hari 
  2. Sentiasa mencari penyelesaian secara aktif, keterbukaan kepada idea-idea baru
  3. Kerja berpasukan- sentiasa bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama 
  4. Menggalakan cuba-jaya sebagai satu peluang untuk belajar
  5. Mempersoalkan status quo, membawa kepada usaha yang dibuat secara berterusan untuk penambahbaikan dan pembelajaran profesional
  6. Penambahbaikan yang berterusan berdasarkan penilaian outcome bukannya kepada niat melahirkan
  7. Refleksi untuk mengkaji operasi dan kesan tindakan yang diambil     

Tuesday, March 26, 2013

Memujuk hati untuk sabar

Kalau tak sure tentang kesahihan sesuatu maklumat itu...jgn komen..jgn retweet dan jgn share. Kalau lah benda tu x betul macam mana? Kita kena bijak menyaring dan menganalisa maklumat nak nak yg dalam FB ni...sesiapa sj boleh buat maklumat dan boleh di upload guna nama sesiapa pon..kalau perkara tu tak betul macam mana? Nanti sudah tentu kita kena tanggung dosa fitnah..dosa orang-orang yg mengutuk, mencemuh dan mencaci dalam post yg kita retweet or share td tu.. Share lah material yang boleh meningkatkan ilmu dunia dan akhirat, ilmu yg boleh meningkatkan kecerdasan minda dan emosi supaya kita boleh jadi umat yang syukur, sabar, soleh, sayang, segak, syumul. Jaga perkataan kerana bahasa menunjukan bangsa atau bahasa juga menunjukkan 'jenis' manusia apa kita ni, bahasa juga melambangkan tahap IQ dan EQ kita dan bahasa melangkn keperivadian kita..jadi, fikir dahulu sebelum bercakap..kadang2 tu lebih baik x payah bercakap.. Astaghfirullahalazim..Siapalah kita nk mempersoalkn aqidah orang..Maaf sekiranya ada yg tersinggung..sy cuma sekadar bercakap bukan dibawah naungan mana-mana warna bendera..Renong-renongkan ya..semoga kita semua beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat