Saya berpendapat konsep Kepimpinan Berperikemanusiaan dapat memberikan kualiti kepimpinan yang lebih luwes tapi pada masa yang sama berupaya mendatangkan impak yang lebih berkesan. Pemimpin yang yang tidak autokratik seharusnya memimpin dengan :
- Menunjukkan minat yang lebih terhadap staf
- Mementingkan suasana kerja-kerja yang baik dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra dikalangan semua staf
- Mempunyai fleksibiliti yang tinggi - berupaya menyesuaikan diri dengan keperluan individu yang dipimpin dengan keperluan organisasi mengikut situasi dan masa
- Bersemangat - pengetua mesti mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya
- Mempunyai sifat kejujuran dan integriti yang tinggi - mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, berdaya usaha serta mempunyai tenaga & hasrat untuk berjaya.
- Mempunyai kepintaran - berupaya menggabungkan dan mentafsir maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengambil tindakaan yang bersesuaian seterusnya.
- Berpengetahuan dalam bidangnya - mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang yang dipimpinya.
No comments:
Post a Comment