Kemajuan
sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai kepemimpinan yang berkesan.
Seorang Pengetua harus menumpukan perhatianya kepada usaha-usaha menanbahbaikan
kemajuan sekolah yang berfokuskan p&p di bilik darjah serta perhubungan
guru dengan pelajar. Secara umumnya, usaha untuk memajukan sekolah hendaklah
berfokuskan:
- pencapaian matlamat sekolah
- penyelesaian punca-punca masalah
- membentuk dan mewujudkan budaya baru yang lebih produktif
- menggerakkan segala tenaga (dalam dan luar sekolah)
Bagi merealisasikan usaha penambahbaikan yang dirancang, rol pengetua adalah
- Memberi penekanan kepada pencapaian akademik (aktiviti-aktiviti, pengajaran dan bahan mengajar)
- Menetapkan strategi pengajaran dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan tentang hal-hal pengajaran.
- Mewujudkan iklim sekolah yang teratur, aman dan menyeronokkan untuk p&p.
- Sentiasa menilai kemajuan para pelajar, menetapkan harapan dan jangkaan sekolah serta sentiasa menyemak sama ada jangkaan itu tercapai atau tidak
- Mengkoordinasi program pengajaran serta menghubungkan kandungan pelajaran yang hendak diajar dengan objektif yang hendak dicapai dan bahan-bahan pengajaran.
- Menunjukkan kelakuan yang positif dengan memberi bantuan dan sokongan kepada guru-guru.
- Menggalakkan guru-guru menghadiri bengkel atau kursus untuk tujuan perkembangan staf.
Bagi memastikan
penambahbaikan sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya,segala tindakan serta
keputusan yang diambil oleh seorang pengetua juga harus berpaksi kepada 10
prinsip untuk memajukan kecemerlangan sesebuah sekolah., Hussien (2008).
No comments:
Post a Comment