Selain daripada mempunyai ilmu dalam bidang, guru seharusnya mampu bertindak sebagai insan yang dapat memberikan lebih dari itu. Adakah kita guru yang hanya mahu pelajar kita lulus ujian dengan cemerlang? Guru lah yang dapat menentukan added value yang seharusnya dipupuk dalam pakej pelajar yang holistik. Secara idealnya, kita amat mengharapkan pelajar-pelajar kita cemerlang dari segi akademik dan pada masa yang sama mempunyai roh atau jiwa yang murni.
1. Guru Mudarris
Bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Muddaris adalah pengajar yang
selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk
memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh
membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham.
Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai
oleh murid-murid.
2. Guru Mu'allim
Mu’allim berasal dari perkataan
Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan
ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan
kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan
pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan
nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral. Ialah guru yang mengajar ilmu yang benar dan bermanfaat. Penggunaan kalimah mu`allim yang
membawa makna mengajar perkara yang benar.
3. Guru Muaddib
Bermaksud guru yang mendidik adab sopan serta akhlak. Apa yang diajarkan kepada murid atau anak-anak,
sama ada bentuknya ilmu, kisah, permaianan, maka semuanya itu menjurus kepada
mendidik anak-anak supaya beradab. Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga
ialah adab, semasa menunutut ilmu kita perlu beradab, tanpa beradab ilmu menjadi
tidak berkat. Dengan itu, sebelum mengajar pengetahuan berkaitan, ajar
dahulu cara-cara dan adab-adab belajar.
4. Guru Murabbi
Murabbi dalam Islam membawa
maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk
kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam
masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak
didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus
membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi
lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam
diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh
diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui
amalan.Ia juga bermaksud mendidik dengan perasaan kasih dan sayang.
Walau pun perkataan ini digunakan juga untuk perkara lain, seperti memellihara
binatang dan pokok, tetapi apabila dipakai kepada manusia ia bermaksud mendidik
anak-anak didik dengan penuh perasaan kasih sayang.
5. Guru Mursyid
Secara istilahnya Guru Mursyid merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan
membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T
dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk
mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk
kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh
guru. Ini bermaksud guru yang mampu memberi arah petunjuk yang benar. ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Dalam erti kata lain, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang
penasihat yang ikhlas.
Itulah sebenarnya peranan guru.. Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya..
Itulah sebenarnya peranan guru.. Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya..
Sekarang, marilah kita cuba renung-renungkan.
Kita berada dalam ketegori mana? Sepatutnya bukan satu. Semua
nilai-nilai itu ada pada setiap orang guru. Dengan itu barulah
pengajarannya memberi kesan yang baik, bukan sahaja dalam aspek kognitif,
malah dalam psikomor, affektif dan perasaan.
Spunky Sally

No comments:
Post a Comment